Nita...Review from Harian Metro

Nunsa Muzik: Suntikan elemen muzik R&B ringan
-elly-
(Di petik dari http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Tuesday/Bintang/20070213091735/Article/indexm_html)

JUDUL: Nita

ARTIS: Nita
GENRE: Pop

SEBAGAIMANA Anggun Cipta Sasmi, Nita juga cuba membuat satu perubahan yang cukup besar dalam album ini. Dari seorang penyanyi rock kepada pop yang memiliki suntikan elemen muzik R&B yang ringan.

Sungguhpun begitu, elemen rock yang selama ini cukup serasi dengan Nita turut diselitkan sama. Mungkin tidak mahu, perubahan ini nampak terlalu ketara bagi dirinya.

Sebagai salah seorang yang lebih awal mengikuti kerjaya seninya iaitu sejak dia masih muda remaja, berambut panjang dan rock ketika itu, saya sendiri tidak pasti apakah saya menyukai perubahan ini atau pun sebaliknya.

Namun, Nita berhak untuk membuat perubahan ini (jika benar itu adalah kehendaknya dan bukan kehendak syarikat rakaman) jika dia berasakan itu adalah sesuatu yang harus dilakukannya.

Apapun, semuanya terletak juga pada album pertamanya ini. Aku ciptaan komposer Dewiq dijadikan lagu pembuka track dan Mac Chew melakukan susunan muziknya dengan begitu mempesonakan.

Cuma, saya tidak suka dengan penggunaan kata orang dalam liriknya. Tidak enak sekali mendengarnya. Ia patut ditukar kepada ganti nama lain.

Kusut ciptaan Cat Farish pula disampaikan dengan cukup baik sekali. Selebihnya, banyak lagu yang membuang masa dimuatkan dan tidak memberikan kekuatan kepada album itu.

Lagu Berteman Sepi ciptaan Adnan Abu Hasan dan Ad Samad bagaimanapun kembali menarik perhatian saya. Begitu juga dengan Dia ciptaan Aiman dan lirik Zimi dan Nita sendiri.

Namun, saya memang seorang yang tidak boleh berkompromi bila komposernya cuba meniru gaya lagu Cinta Tiada Logik daripada Agnes Monice.

Kalau sekadar mengambil jiwa dan semangat lagu itu tidak apalah. Tapi, janganlah kalau cuba menyelitkan sama suara latar, bunyi tepukan berserta bunyian etniknya, itu melampau.

Lagu Arjuna Ku Rindu pula bagi saya boleh tahan walaupun ia sangat tipikal Azmeer. Namun, saya rasa lagu ini akan jadi lebih menarik jika muziknya tidak terlalu moderate.

Ia sepatutnya bergerak lebih perlahan dan lebih relaks supaya ia berjalan seiringan dengan bait liriknya yang puitis indah itu.

Bintang ciptaan Pot Amir dan lirik ditulis bersama Nita adalah lagu yang saya rasa paling sesuai untuk penyanyi tinggi lampai ini.

Lagunya tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu pantas. Namun catchy dan cukup sesuai dengan vokal Nita. Begitu juga liriknya. Ia refleksi kepada jiwa muda Nita masih suka mencari sesuatu dalam hidupnya.

News on Nita....from Utusan Malaysia


Nita derita di sebalik kejayaan

Oleh: NOR FADZILAH BAHARUDIN
(Di petik dari Utusan Malaysia 12 February 2007)



Gadis jelita ini mungkin mudah menembusi hati peminat. Dengan imej seksinya, mungkin ramai yang berfikir, betapa mudahnya dia menarik minat khalayak.

Jika itu terlintas dalam fikiran anda terhadap Nita Hamzah atau Nita Malaysian Idol 2 (MI2) ini, lupakan saja. Kerana sebenarnya, sebelum memperoleh kemanisan bergelar artis, Nita telah menyimpan kisah pahit dalam kehidupannya.

Waktu usianya 9 tahun, ayah Nita pergi menghadap Ilahi. Berasa simpati menyaksikan ibunya, (Norazizan Ramly) bersendirian menyara keluarga, Nita tekad berhenti sekolah ketika berada di tingkatan empat.

Sejak itu, daripada seorang anak gadis yang degil, perlahan-lahan Nita berubah sikap dan mencari jalan untuk mengubah kehidupan mereka sekeluarga yang pada masa itu boleh dikatakan agak susah.

“Sedih sangat bila terkenang kisah lalu, membuatkan saya insaf dan mahu bekerja seikhlas mungkin untuk mencari rezeki memperbaiki kehidupan keluarga saya. Saya bukan orang senang dan saya tahu asal usul saya,” kata Nita pada satu pertemuan dengan Mega, baru-baru ini.

Menyingkap kenangan lalu, sambil menarik nafas sedalam-dalamnya Nita berkata, minatnya dalam seni nyanyian bermula sejak umurnya 9 tahun. Bakatnya dikesan oleh ibunya sendiri dan sejak dari itu ibunya kerap membawa Nita ke pertandingan-pertandingan nyanyian.

“Mak saya tak pernah penat. Nampak saja ada pertandingan nyanyian di mana-mana pasar raya pastinya dia akan membawa saya. Bukannya apa, saja nak mencuba nasib kalau menang. Harap-harap bolehlah menyerlah jadi penyanyi untuk sara keluarga,” ujarnya.

Uji bakat yang dilaluinya pada 1996, cukup bermakna buat Nita apabila ditawarkan terlibat dalam sebuah album kompilasi terbitan Positive Tone.

Namun usaha itu masih juga tidak mampu menjadikan namanya meniti di bibir peminat. Mungkin juga ketika itu pemilihan konsep alternatif tidak menjadi. Mengakui sedikit terkilan dan merajuk dengan keadaan itu, membuatkan Nita berubah arah.

Dunia nyanyian ditinggalkannya dan Nita bekerja sebagai pembantu jualan.

“Saya bekerja di kedai kasut dan macam-macam pekerjaan lagi untuk menyara keluarga.

“Saya tak tipu, saya sanggup bekerja apa sahaja asalkan halal. Semuanya kerana keluarga saya,” katanya.

Tiga tahun menjadi pembantu jualan, jiwa Nita akhirnya memberontak untuk menyanyi semula. Lalu pada 1999, Nita memulakan karier seninya sebagai penyanyi kelab malam.

“Saya menyanyi mencari rezeki yang halal. Saya tak buat salah dan jangan memberikan anggapan stereotype pada penyanyi kelab. Apa saja gerak dan persembahan saya semasa di kelab tak bolehlah di samakan saya di luar. Semasa menyanyi saya menghiburkan orang ramai dan saya dibayar gaji,” kata gadis berusia 26 tahun ini.

Bercerita tentang penglibatannya sebagai penyanyi kelab malam sambil tersenyum Nita berkata: “Saya patut berterima kasih pada teman saya kerana membuka laluan kepada saya menyanyi di lounge, Hotel Sunway Resort. Masa itu umur saya 18 tahun. Tapi selepas tiga bulan, saya terpaksa berhenti sebab menjalani pembedahan di perut,” sambung Nita.

Menurut gadis yang memang aktif bersukan ini, hatinya begitu sayu melihat pengorbanan ibunya tatkala dirinya sakit. Ibunya sanggup tidur di atas lantai menemaninya ketika di hospital. Kejadian itu lebih membuatkan dirinya bertekad mahu mengubah taraf kehidupan keluarganya.

Justeru sebaik sembuh daripada pembedahan, Nita berusaha mencari pekerjaan dan dia ditawarkan menyanyi bersama sebuah live band di kelab-kelab malam serata Malaysia

“Saya mengikat kontrak setiap tiga bulan dengan kelab-kelab itu,” kata Nita.

Menyedari minat Nita yang mendalam pada bidang nyanyian, ibunya tidak pernah mengalah untuk mendorongnya menyertai setiap pertandingan nyanyian termasuk Mentor. Tapi rezekinya tidak di situ dan dia tidak terpilih.

Masih tidak berputus asa, ibu dan kakaknya menemani Nita menghadiri uji bakat Akademi Fantasia pula.

“Saya tak sempat audition sebab ramai sangat orang yang datang. Saya sampai menangis tengok muka mak yang kecewa. Tapi nak buat macam mana, lama sangat menunggu membuatkan hati saya tawar terus,” kata Nita menceritakan keperitan mengubah hidup melalui nyanyian.

Tidak sampai hati melihat kesedihan ibu, dalam diam Nita pergi menghadiri uji bakat Malaysian Idols 2 di Pulau Pinang. Siapa sangka percubaannya kali ini benar-benar telah berjaya merubah hidupnya. Walau hanya mampu berada di tempat kedua, Nita berjaya menyingkap bakatnya kepada khalayak. Hari ini Nita bukan sahaja dikenali malah sudah pun ada album sendiri!

Membawakan konsep pop, album sulungnya berjudul Nita mengandungi 10 buah lagu. Diterbitkan oleh Suria Records, album itu telah pun berada di pasaran 29 Januari lalu.

Menampilkan komposer-komposer terkenal antaranya Mac Chew, Azmeer, Helen Yap dan Sharon Paul, Nita mengharapkan album ini mampu menambat hati semua pihak.

“Saya tak mahu hanya khalayak di bandar saja menikmati muzik saya. Saya tak melabelkan saya ini artis urban. Saya mahu menghiburkan semua peminat tak kira bangsa, atau tempat,” kata Nita sebelum mengakhiri perbualan.

BIODATA

Nama Penuh: Norhanita Hamzah

Nama Singkatan: Nita

Tarikh Lahir: 3 September

Tempat Lahir: Kuala Lumpur

Bintang: Scorpio

Berat: 49 kg

Tinggi: 1.7 meter

Hobi: Bersukan dan berenang

Artis Kegemaran: Liza Aziz, Adibah Noor dan Amy Lee

Makanan Kegemaran: Ayam goreng

Minuman Kegemaran:

Milo ‘O’

For more entertainment news, please visit www.utusan.com.my



Nita...audition!

More news on Nita....

Ubah selera
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
Di petik dari Berita Harian

Gadis rock beralih angin ke imej seksi, feminin tetapi agresif



HATINYA agak risau tatkala menghasilkan album sulung. Dia bimbang sekiranya dia tidak mampu menunaikan tanggungjawab yang diberikan. Bukan memperkecilkan keupayaan diri, tetapi konsep pop yang disarankan agak ‘bertentangan’ dengan kecenderungannya sebelum ini.

“Saya dulu pernah menjadi seorang gadis rock. Jadi, pada peringkat awal rakaman, terdetik juga di hati, bolehkah saya melakukannya? Album ini pula adalah berkonsepkan pop. Namun, apabila hasilnya sudah dapat dilihat, barulah saya berasa lega. Saya sebenarnya cukup berpuas hati dengan album ini,” kata Nita.

Artis tinggi lampai yang juga naib juara Malaysian Idol musim kedua ini ditemui pada majlis pradengar albumnya yang diadakan di Redbox Ria, Kompleks Sogo, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Album yang berjudul Nita itu sudah berada di pasaran pada 29 Januari lalu.

Album sulung itu memuatkan 10 lagu yang dianggap sesuai oleh pihak syarikat rakamannya, SRC, dengan imej penyanyi itu ketika ini iaitu seksi, feminin dan agresif.

“Saya memang seorang yang agresif, sejak dulu lagi. Maklumlah, saya pernah bergiat cergas dalam aktiviti sukan. Begitupun, itu semua bukan bermakna saya tidak boleh menjadi seorang yang feminin. Saya tidak bolehlah agresif sangat, tetapi harus bersifat lebih kewanitaan,” katanya disulam ketawa m anja.

Atau apakah Nita ingin menjadi lebih feminin kerana jodohnya sudah semakin hampir?

“Saya baru saja mendapat ‘baby’. Maksud saya, album saya baru saja dilahirkan. Jadi, biarlah saya menumpukan perhatian kepada album ini serta urusan promosinya dulu. Karier muzik saya baru saja hendak bermula. Lalu, biarlah saya mengukuhkan dulu kedudukan dalam industri seni ini, sebelum memikirkan untuk berkahwin,” katanya.

Menurut Nita atau nama sebenarnya Norhanita Hamzah, usianya juga baru 26 tahun. Masih banyak lagi waktu untuk dia memikirkan soal rumah tangga. Apa yang penting kini, Nita ingin membina nama sebagai penyanyi yang berjaya.

Berbalik kepada penghasilan album pertama, Nita berasakan, dia cukup bertuah apabila berpeluang bekerjasama dengan ramai komposer terkemuka seperti Adnan Abu Hassan, Cat Farish, Sharon Paul, Helen Yap dan Pot Amir. Di samping itu dia juga merakamkan lagu ciptaan A Farrugia, Aiman, Alfa Booty Kesuma dan komposer Indonesia, Dewiq, yang pernah menghasilkan irama indah Bukan Cinta Biasa.

Untuk albumnya kali ini, pencipta dari seberang itu memberikannya sebuah lagu berjudul Aku yang berentak perlahan.

“Lagu itu paling akhir dirakamkan. Saya terpaksa merakamkannya sebanyak dua kali kerana hasil pertama dikatakan kekurangan ‘feel’. Kali kedua saya merakamkan lagu ini, saya akui, saya menangis. Namun, air mata yang gugur itu bukan kerana liriknya ada kena mengena dengan diri saya. Sebaliknya saya cukup menghayati lagu itu dan meletakkan diri saya di dalamnya,” kata wanita ini.

Aku turut menjadi lagu kesukaannya dalam album berkenaan.

“Ketika saya mula-mula mendengar iramanya pada 20 atau 30 saat pertama, saya sudah tahu saya amat menyukainya,” dedah Nita mengenai lagu ciptaan sepenuhnya oleh Dewiq itu.

Pengurus Besar SRC, Edwin Tan pula memberitahu, sekiranya Nita mendapat kejayaan memberangsangkan di negara sendiri, peluang untuknya menyeberangi sempadan, ke Indonesia, adalah lebih besar. Kerana itu juga, lagu ciptaan negara itu turut dimasukkan ke dalam penghasilan sulung berkenaan.

Album Nita, secara umumnya, sebuah produk yang mampu menghiburkan peminatnya dengan pengisian empat lagu perlahan dan enam lagu berentak rancak. Kualiti bunyi dan muziknya agak membanggakan, manakala Nita sendiri tidak mengecewakan dari segi penyampaian serta vokalnya. Penantian Nita sejak sekian lama berbaloi dengan kelahiran album ini.

Kulit album yang memaparkan dirinya bergaya dalam gaun merah jenama antarabangsa juga cukup menarik. Begitu juga gambar yang dipaparkan di dalamnya, semuanya cantik. Ada ketika, Nita kelihatan seperti Krisdayanti. Paling tidak, pihak SRC masih sedar, betapa kulit album juga cukup penting dalam menarik perhatian pembeli.

Kusut















Kusut dengan kata bicaramu
Kusut dengan apa cara dan gaya
Kusut mendengar cerita bohongmu
Kusut menyusut mindaku selalu (2x)

Verse 1
Sayangku tahukah diri ini yang setia pada diri mu
Kau satu tiada tempat mengadu hanyalah dirimu kasih
Tapi kau selalu tiasa disisi
Dan kau selalu elakkan diri

*
Kasih masihkah begitu diriku sangsi dan pilu
Sayang kasihmu ku perlu tolong fahamilah diriku
Diri kini dah mengalah segalanya cuma helah
Usahlah kau nak bermadah
Kini anganku kian musnah

Korus

Verse2:
Kasihku sudah berkali kali ianya berlaku
Bukan satu gadis yang dihatimu selain dari diriku kasih
Punca kau selalu tiada disisi
Punca kau selalu jauhkan diri

Kasih dengar rintihan ku
Kasih biarkan diriku

Ku kusut dengan kamu...
Ku kusut dengang caramu...

Nita!!!

Aku....Great song from Nita



Aku
Orang bisa saja buat salah
Orang bisa saja lupa diri
Dan orang itu aku

Orang punya rasa penyesalan
ORang itu mampu t'uk berubah
Dan orang itu aku

Korus

Aku tak bisa berenti cintaimu
Jangan minta t'uk melupakanmu
Bisa saja ini terjadi padamu
Dan ku akan memaafkanmu

Orang pasti punya sisa cinta
Orang bisa saja memaafkan
Ku harap itu......kau......

Lagu&lirik :Dewiq (Suwah Music Publishing Sdn. Bhd)
Penerbit: Mac Chew