Album Review by Berita Harian




Album Baru....
Oleh Zul Husni Abdul Hamid

ALBUM: Nita
ARTIS: Nita
GENRE: Pop

LEBIH setahun menyandang gelaran naib juara Malaysian Idol 2, Norhanita Hamzah atau Nita akhirnya muncul dengan album sulung. Penghasilan yang mengambil masa hampir setahun untuk disempurnakan memberi peluang kepada Nita dan syarikat rakaman untuk mengumpul lagu terbaik dalam album ini.

Pada awalnya lebih 50 lagu diterima namun hanya 10 terbaik dirakamkan mengikut kesesuaian vokal Nita. Malah, Nita sendiri begitu teliti kerana memastikan produk sulungnya ini memenuhi cita rasa peminat.

Proses rakaman vokal saja mengambil masa selama tiga bulan. Mungkin ia pengalaman yang cukup manis buat Nita kerana album ini memberinya peluang untuk bekerjasama dengan banyak nama besar.

Pengalaman menyertai Malaysian Idol 2 juga banyak membantu Nita kerana nasihat yang dikutip sepanjang pertandingan itu menjadi titik tolak untuk dia bergelar artis baru berwibawa.

Album ini menyenaraikan nama komposer hebat seperti Adnan Abu Hassan, Sharon Paul, Cat Farish, Mac Chew, Siew, Azmeer, Zulkefli Majid, Alfa Booty, Helen Yap dan Pot Amir. Himpunan nama terkenal sudah pasti membayangkan hasrat Nita untuk menantikan sesuatu yang berbaloi dengan penantian panjangnya itu.

Menerusi album ini juga, Nita mencuba ciptaan komposer Indonesia, Dewiq iaitu Aku. Dewiq ialah pencipta lagu Bukan Cinta Biasa nyanyian Datuk Siti Nurhaliza.

Lagu lain yang terkandung dalam album ini adalah Kusut, Bersama Ke Akhirnya, Tak Ku Percaya, Berteman Sepi, Dia, Arjuna Ku Rindu, Isyarat Cinta, Aku Hanya Ingin dan Bintang.





Di Petik Dari